Sempena Ramadan yang mulia ni, saya nk share resepi Tauhu Begedil Meletop hasil jualan saya since tahun lepas.. Sekarang saya dah x buat sebab penyakit M 😅
Utk buat tauhu begedil ni yang paling penting sos dia. Resepi sos ni ilham saya sendiri lepas research resepi kt google. Since saya buat utk jualan, resepi yg saya bagi ni adalah utk seperiuk besar..
Sos Tauhu Begedil
*500g cili kering paling pedas (nak senang beli satu pek cili kering aeon big, kompom pedas)
*15 ke 21 biji cili merah yg pedas (ikut tahap kepedasan masing2)
*Satu labu bawang putih
Setengah botol saus manis abc (botol paling besar)
Kicap manis utk bg kaler hitam
Garam
Gula
Bijan disangai terlebih dulu
Cili kering dipotong n direbus.. Blend cili kering bersama2 bahan yg ditanda *
Masak bahan blend atau matikan hawa cili tu.. Masuk setengah botol saus manis abc, sedikit kicap manis. Masukkan garam n gula (yg ni kena adjust n rasa sampai kena dgn tekak).. Last sekali bila sos dah pekat masukkan bijan yg disangai.. Sejukkan dan boleh masuk botol. Sos ni boleh tahan 2 hari kat luar n dalam peti ais sgt lama.. Tips utk sos ni kena masak lama, selalunya saya amik masa 2 ke 3 jam utk masak sos sahaja, jadi kalau nk buat utk jualan seeloknya buat 2 hari sebelum. Konsep sos ni pulak adalah seperti mencilikan musuh yg bermulut jahat tp musuh itu akan kembali dek kerana ketagihan 😅
Tauhu Begedil
5kg kentang
Satu layer daging cincang ramly
Lada hitam
Garam
Bawang goreng
Daun sup
Tauhu kering @ tauhu pok
Kentang digoreng dan dilenyek. Daging cincang dimasak bersama lada hitam sampai air daging kering. Campurkan kentang lenyek, campuran daging cincang, garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.
Keluarkan isi tauhu kering, kalau suke boleh masukkan isi tauhu dlm adunan begedil, tp cara saya, totally isi begedil sahaja yg dimasukkan dlm tauhu. Penuhkan tauhu dengan campuran begedil dan sedia utk digoreng. Tauhu begedil ni kalau difrozenkan tahan berminggu lamanya.
Cara menggoreng
Pukul telur. Masukkan sedikit garam n sedikit tepung kastard (untuk rangup). Celup tauhu ke dlm telur sebelum digoreng. Angkat bila warna tauhu dah keemasan.
Maksimum sekali saya buat tauhu ni adalah 400 biji atau bersamaan 50 pax tauhu begedil atau 8 biji per pax beserta sos..
Sekiranya tuan/puan nak jadikan sebagai mata pencarian, saya izinkan tuan puan guna resepi ni.. Mohon sedekahkan alfatihah buat arwah ibu saya dan doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin 😊
Konsep jualan saya pulak adalah apa yg saya makan itulah apa yg org akan dpt. Jangan pernah kedekut bahan ✌️